30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu
Published by mixterr October 22nd, 2007 in Info and news, Malay.->
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Technorati Tags: wanita, perempuan, lelaki, laki-laki, rahsia, pikat, awek, cinta, idaman, sayang, suka, duka, kasih











ini 30 yang terbongkar.. tapi masih ada bergazillion lagi rahsia yang membuatkan wanita satu subjek yang maha komplikated…
ha ha ha
ahahha.. tahu xper !! okayla dpt tahu 20% ke jadilah. dr tak tahu langsung rahsia wanita ni.. heheheh
bagus gak ni
wanita..makhluk yang sukar dimengerti
memang pon!!! Susah sgt nak mengerti wanita ni!! heheh
kalau mixterr yg bg nih, korang percaya ajelahh… aku boleh bg testimonial yg mamat nih mmg expert bab2 nih ahahahah….
hahhaha ..pandai ko merapu !! kalolah aku expert aku bukak bisness pasal bende ni, kayo aku !!
ahahahaha. tau 30 yg ni pun dah cukup kot. yang ke-30 tu sangat-sangat-sangatlah betul, walaupun mungkin bukan bg semua perempuan.
betul betul !! tpkan jgn la sampai tak percaya ngn lelaki. org tgh kuar bekerja pon xpercaya. jgn terpengaruh ngn tv ni…
Lelaki hebat ? Ape yg hebat ?
bnyk dowh rahsia wanita yg kau perlu tahu..apa yg disenaraikan ni aku boleh katakan baru 0.01 percent je yg dikongsi :p
bergazillion lg bak kate mael !!!heheh kene buat praktikal lagi!!!
hahahahaha! but one thing yg i agree kn actually;
wanita sebenarnya perlu cintakan seorg lelaki tuh sikit tapi kene memahami lelaki sepenuhnya.
lelaki pula perlu memahami wanita itu sikit tapi mencintainya ngan sepenuh hati.
p/s: penuh kudrat nk type word ‘cinta’ nih.. sayang sudey. ;D
hehehe mcm pernah dgr la ayat tu !!!
aniz..betul la pe yg dikau sampaikan..haha… mixterr jiwang nampak..
yerp mmg btol ape yg Areniex die ckp tp aku mcm pernah terbace ape yg die ckp tu..tp dimana ya!! uikk bile mase plak aku jiwang nie!!
ko jiwang la cepat2 ckt..pah ni bole ade aweks baru..hihi
WELEH2 AKU YANG DAH USAHA MATI2 AN LEBIH DARI 30 JENIS MASIH SAJA TETAP JOMBLO
sy nk mtk izin copy artikel ni ye. trm kash..