Bersedia Sahut Ramadhan Tahun 1430H/2009M
1 Comment Published by mixterr August 21st, 2009 in Info and news, Malay.->
??????????? ?????????? ?????????? ????? ??????????????
Buat sahabatku yang mengenaliku, Seiring akan datangnya Ramadhan esok, kupohon maafkankah segala kesalahanku dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang mulia bagi penganut agama islam. Bagi anda yang menjalani salah satu rukun islam ini, apa agaknya persiapan anda ? Di sini saya akan kongsikan persediaan dan persiapan menyambut bulan Ramadhan. Moga puasa kita kali ini lebih diberkati dan lebih bermakna..
- Tanamkan rasa gembira dalam hati apabila bulan suci ini tiba. Sebuah hadis ada menyatakan ‘Barang siapa di hatinya merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka’.
- Pohonlah kemaafan daripada kedua orang tua, adik-beradik, sahabat handai atau siapa sahaja yang berhubungan dengan kamu setiap hari. Lupakanlah kesalahan yang pernah berlaku di antara kamu sebelum ini.
- Bersihkanlah diri kamu daripada perasaan iri hati, hasad dengki, hasut, tamak-haloba, mencela, dendam, berbohong. Elakan melakukan perbuatan tersebut baik sebelum mahupun selepas berpuasa.
- Tanamkan niat dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan ibadah-ibadah sunat dan tambahan yang lain.
- Tingkatkan iman dan takwa. Jalankan serta hadiri pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan yang dijalankan di tempat kamu seperti tazkirah, ceramah agama, dan sebagainya. Lakukan aktiviti yang berfaedah yang mampu meningkatkan kualiti ibadah puasa kamu.
- Tinggalkan dan elakkanlah melakukan maksiat di bulan yang penuh keberkatan ini. Perbuatan yang tidak baik ini hanya akan mengurangkan pahala puasa kamu. Banyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.
- Tingkatkan amar makruf dan nahi mungkar serta saling menasihati antara kamu serta banyakkan bersabar.
- Usahalah diri untuk beri’tikad di dalam masjid serta banyakkan amalan ibadah terutama 10 hari sebelum Ramadhan berakhir. Ikuti Sunnah Rasullullah SAW.
- Jangan membazir akibat terlalu berbelanja berhabis-habisan untuk membeli peralatan serta barangan baru. Ingatlah, bukan pakaian baru yang diterima di sisi Allah SWT, tetapi ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati sepanjang Ramadhan yang dinilai Allah.
Puasa ikut cara Nabi Muhammad SAW
- Nabi Muhammad SAW melarang umatnya berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba Ramadhan kerana diragui Hari Syak (samada 30 Syaaban atau 1 Ramadhan).
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.
- Makanan berbuka Nabi SAW adalah dalam jumlah yang sedikit; hanya dengan beberapa biji kurma dan air kosong (untuk kesihatan), kemudian baginda mendirikan solat maghrib (pada awal waktu).
- Tidak meninggalkan sahur, sekalipun hanya dengan seteguk air kosong kerana Allah dan para Malaikat memohon rahmat kepada orang yang bersahur.
- Bersugi atau menggosok gigi ketika berpuasa iaitu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya.
- Suka beribadat di bulan Ramadhan melebihi bulan-bulan lain.
- Membaca Al-Quran di bulan Ramdhan. Ramdhan adalah bulan Al-Quran ( ia diturunkan 17 Ramadhan).
- Sentiasa bersifat pemurah di bulan Ramadhan dan selalu bersedekah.
- Berjihad dalam bulan Ramadhan di mana terdapat beberapa peperangan besar dalam bulan ini.
- Mengeluarkan zakat fitrah di akhir Ramadhan iaitu sebelum dan dekat dengan solat Hari Raya.
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan: ????????? ????? ? ??????? ?????????? ???????? ???????? ?????????
”Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala”.
Lafaz Niat Puasa: ????????? ?????? ????? ????? ? ?????? ?????? ??????? ?????????? ??????? ??????????? ???????? ?????????
”Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa: Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1430H/2009M
Technorati Tags: sambut ramadhan, bulan ramdhan, bulan puasa, sahut ramadhan, ramadhan 1930h, Waktu Imsak, Waktu Berbuka Puasa, Seluruh malaysia, seluruh negeri, persediaan berpuasa
Popularity: 1% [?]











meriahkan sahur anda dengan serunding di http://serundingterpilih.blogspot.com/