Ciri-ciri wanita diminati lelaki | Mixterr Studio Blog



Ciri-ciri wanita diminati lelaki

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

via: lamanmotivasi.blogspot.com

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by shida
2007-12-28 12:37:39

yg ke-26 tu mcm x sesuai jer???! hahha.. patut ar manja! :wink:

Comment by mixterr
2007-12-28 15:22:11

apelak xsesuai.. itu paling pentingla.. nak kene highlight ke? :mrgreen:

 
 
Comment by shida
2007-12-28 16:58:33

pasni bln bintang semua masuk lah ek.. kata nak romantik :grin:

Comment by mixterr
2007-12-28 17:25:40

itu skill lame.. mane leh.. awak kene belajar lagi erk… :grin:

 
 
Comment by erwinaz
2008-03-07 04:13:37

wwau emg nya lk tu perlu di manj4in,seb4gi4n ya yg l4in gak.kita tengok az sifat laki itu ap org nya baik ap ga tanks banget ya ya

 
Comment by ida
2008-04-30 06:05:03

no 22 sounds weird. nk beriman dan beragama but x alim sgt. Ntah apa2 antah ayat tuh. what is the definition of iman here?

no 2 tu now makes sense to me. No wonder islam x bg perempuan pki kasut berbunyi.tarik perhatian lelaki rupanya. ingatkan x suka sbb bising rupanya suka.

 
Comment by mushi
2008-06-17 17:04:39

comment by mushi
2008-06;2008
selalunya lelaki suka pompuan yg simple, kemas dan pandai mengikut trand masakini. dan tidak suka pompuan yang agak keterlaluan darisegi perwatakkan dan cara permakaian….

 
Comment by wecamethisfar
2008-07-15 01:59:39

Tak paham laa.macam kuno jek

 
Comment by andi
2008-07-23 08:19:25

smekom semua…semua di atas itu tak penting..yang paling penting dalam hubungan kekasih adalah kesetiaan dan kejujuran..jika mereka akan setia dan jujur walaupun ada cabaran dan dugaan dari Allah, insyahAllah hubungan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat..sama2la kita setia dan jujur ya..jangan ada yang membohong dalam perhubungan..trima kasih

 
Comment by aisha
2008-08-30 18:40:34

erm…ape yg lelaki nak sbnarnye pun sy tak tau…tak reti laaa nak kaji2 hati lelaki ni..bg sy yg penting rase hormat dan adab antara satu sama lain…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

Agloco

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top Sites Arts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the Firefox. It's safer and faster browsing experience.