Eagle Eye Movie | Mixterr Studio Blog



Eagle Eye Movie

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Sempena hari raya, mesti ramai yang menantikan cerita-cerita menarik di kaca tv. Tapi malangnya semua cerita yang dinanti-nantikan hampeh sahaja. Kebanyakan ulangan yang lepas-lepas. Sungguh hampa “subscriber” Astro tahun ini. Malah untuk filem menarik di bulan syawal kenalah subscribe Astro Syawal, berapa ringgit entah RM7 ringgit kot. Menariklah sangat.

Untuk tidak membuang masa melanggan Astro Syawal yang agak tak menariktu. Baik layan filem di panggung. Aku sempat layan cerita Eagle Eye bersama teman di Tgv KLCC. Panggung hampir penuh sebab tayangan tu. Agaknya ramai yang sukakan lakonan Shia LaBeouf kot. Cerita Eagle Eye ini mengisahkan begini:-

Jerry Shaw dan Rachel Holloman adalah dua orang yang tidak dikenali yang masing-masing tercampak bersama-sama dengan satu panggilan telefon misteri daripada seorang wanita yang mereka tidak kenali. Tempat tinggal dan keluarga mereka diancam dan panggilan tersebut menolak Jerry dan Rachel ke dalam satu siri yang semakin merbahaya. Dengan menggunakan teknologi kehidupan harian, setiap langkah mereka dikesan dan dikawal. Bertambah lagi kacau apabila dua orang biasa ini menjadi orang paling dikehendaki negara.

Selanjutnya bolehlah pergi menonton di pawagam berhampiran. Aku suka lakonan Shia LaBeouf yang agak kelam-kabut tu. Aha. Ceritanya boleh tahan dan agak menarik. Kira berbaloilah dari tunggu cerita di tv yang asyik ulang-ulang tu je. Yang penting tidak membosankan. Korang boleh tengok trailer jelah kalau tak suka tengok wayang. Enjoy!

Official Website | Wikipedia

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by cyza
2008-10-10 21:42:50

Ishkk… kena pi tengok ni…

Comment by mixterr
2008-10-11 12:49:02

Sila-sila.. pi tengok cepat! ahaks

 
 
Comment by PakciQue
2008-10-16 14:05:47

Aku paling suka babak kejar mengejar di awal perkenalan Jerry dan Rachel. Bagaimana ‘wanita’ tu membantu mereka melepasi polis yang mengejar mereka. Dan susunan perlanggaran tu sangat mengujakan. Tak sempat hilang rasa teruja akibat perlanggaran pertama, muncul dentumana hasil perlanggaran yang berikutnya. Sebelum ni, aturan babak kemalangan dalam Final Destination 2 adalah yang terbaik.

Review Eagle Eye @ BLOG KedaiMagik

Komen di blog aku..bersama backlink..nanti aku masukkan link kau dalam entri ini..TQ..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

Agloco

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top Sites Arts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the Firefox. It's safer and faster browsing experience.