Filem Papadom Menarik!

Papadom. Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22. Filem terbaru dari Tayangan Unggul arahan Afdlin Sauki ini menarik dan perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Kenapa menarik? Sebab tadi aku dah tengoklah. Panggung pun penuh beb.

Apa yang menariknya, filem ini sangat berkesan, kelakar (brother duduk kat belakang aku gelak macam nak roboh panggung. “Agak-agak burung gagaklah Bro, kerusi aku pun ditendangnya”), sedih disaat-saat akhir cerita ( aku nangis gak kot) dan yang paling penting tidak membosankan. Kini Adflin agak berani menggunakan teknik watak-watak imaginasi seperti filem-filem international iaitu jelmaan semula watak arwah Munirah (Noorkhiriah).

Okaylah tak mahu panjang-panjang review, biasalah mentaliti rakyat kita ada sahaja nak komen busuk. Kang aku pon kena bantai. Hehehe. Aku baca komen kat Youtube tadi pon ada kata filem ni mengarut. Owh kalau filem Angelina Jolie tembak lalat boleh kena tak mengarut plak.

Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

via : Budiey

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Popularity: 1% [?]

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

2009-10-13 03:25:29
Mozilla Firefox 3.5.3 Windows XP

THANKS FOR SHARING THE INFORMATION.IT SEEMS VERY GREAT AND THE TRAILER IS AMAZING.I DON’T KNOW THIS LANGUAGE BUT I LIKE HER EXPRESSION MOST.

 
Comment by Amirez
2009-10-27 02:31:33
Mozilla Firefox 3.5.3 Windows XP

belum berkesempatan lagi nak tgk.
nak tgk pun ntah ngan sape.
jom bro teman aku tgk haha

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

 

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top Sites Arts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the Firefox. It's safer and faster browsing experience.