Merdekakah Aku | Mixterr Studio Blog



Merdekakah Aku

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Merdekakah aku !! Gambar di atas adalah gambar meja aku, serabut bukan, office yang suram. Tentula orangnya suram juga. Senior aku sudah resign. So aku la kena buat kerja dia. Berlapik lapik kerja aku. Tapi aku malas. Yang urgent saja yang aku buat. Aku sudah bosan kerja di situ. Aku ingin belajar sambil bekerja. Ini tidak, Aku belajar seorang sendiri. Aku perlukan otai yang berpengalaman yang boleh aku menuntut ilmu dieorang. Pengalaman ada, ilmu tak ada buat apa. Aku ingin mahirkan skill aku. Skang Aku perlukan kerja lain. Aku mahukan kerja yang enjoy dan happening beb.

Aku rasa tahun ini aku tidak merdeka. Jiwa aku kacau bilau. kawan kawan tolong merdekakan aku, gembirakan aku. Bukankah kau yang ungkapkan kata putus. Sudah lah kita tidak bahagia buat apa teruskan lagi. Aku letihla, balik kerja aku nak gembira, tapi apa dah jadi gaduh sahaja, itu ini tak kena. Aduh perit sungguh. Balik aku menangis. Aku banyak memikirkan bagaimana cara untuk selesai perkara ini. Aku bercuba berkali kali. Aku tidak berjaya. Tapi takpa tuhan ada. Aku berdoa untuk mendapat jalan petunjuk dan cahaya dari nya. Sampailah Aku berjaya melupakannya. Tapi Kenapa kau Sms aku, call aku kembali. Tolongla aku memohon janganlah ganggu aku lagi. Kau carila orang yang terbaik dari aku. Kau pon pernah cakap aku tidak pandai beri nasihat. Memang dalam diam diam aku terasa. Kau selalu menjawab, aku lelaki ke kau lelaki. Kau ke nak jadi ketua keluarga? Kau menjawab tak pe, tapi menyakitkan hati tu yang panaskan aku. Belum berkeluarga lagi dah macam ni, kalau dah berkeluarga mcm mana pulak. Kena Paaang ultraman punca kuasa dua aku la jawabnya. Haha takut tak? tak takutkan.. Aku tahu kau tak takut. Sudah la jangan cari aku lagi. Aku nak cari wanita yang bila aku marah, dia tak marah malah mencairkan aku, melembutkan aku.

Ini blog sudah menjadi personal blog la plak.. so sesiapa yang hanta komen ckp cintan cintan tu, menyakitkan aku, terasakan aku, aku xjemput kau disini. Aku akan delete terus komen tu dan silalah double clikkan mouse anda di bahagian pangkah sebelah kanan atas screen anda ye. Arini aku pening, lain skit sebab msg dan call bartalu talu sahaja. Sapa lagi !!

Aku berterima kasih kepada Rumpun07 aku mendapat kawan baru. Hehehe.. Hidup perlu diteruskan dan kita enjoy. Bukan gaduh gaduh beb!!

Aku ingin merdeka seperti mereka:

Seperti seorang kanak-kanak riang bermain air di pandai. Aku ingin menjadi kanak-kanak kembali tanpa perlu berfikir soal cinta, kekasih, duit, shopping, insurans, hutang dan hanyala penting aku gembira seperti saat saat ini.

Seperti kanak-kanak ini bermain pasir di tepian pantai yang tidak memikirkan perasaan orang lain dan tidak menyakitkan hati sesama lain. Yang penting gembira, bebas dan merdeka.

Seperti kanak-kanak ini menaiki kuda di persisiran pantai melihat ‘Sunset’. Pergh syahdunya.. Seronoknya.. Tiada bunyi SMS Transform Transformers. Amannya… Msg dari kawan kawan dan keluarga yang ingin topup tak per gak. Ade gak wang saku aku sedikit maklumla jual Topup.

Esok malam mungkin aku sibuk, melihat bunga api dan laungan merdeka dari cahaya kaca Tv di rumah kawanku. Sebelum aku pergi ke Singapura lagi, baik aku menjawab tag dari Shutterspeaks. Aku xpandai nak bertag ni. Takde kawan yang aku nak tag ler….

Kali ini kena tag yang entah ke berapa kali dah. Setakat ini belum tahu lagi penangan keberkesanan tag yang telah dibuat sebelum ini.

Maka pesta tag kali ini adalah bernama Pesta Tag Merdeka oleh shutterspeaks. Siapa lagi jika bukan tokei kedai www.shutterspeaks.com yang meriah dengan sambutan kemerdekaan ke 50

Inilah dia alkisahnya akan peraturan yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati

2) Pastikan terlebih panjang sedikit akan posting yang hendak dibuat.

Dengan tanpa berlengah masa yang semakin pantas menghampiri hari bersejarah tersebut biarpun terpaksa meluangkan masa untuk berpesta tag dengan girangnya…

Kenapa soalan itu yang anda tanya? Soalannya berbunyi begini… Kenapa anda berbangga lahir di bumi Malaysia? dan soalan keduanya kenapa anda sepatutnya cukup bersyukur berada dibumi Malaysia ini tatkala menyambut merdeka?

Atau sekadar cukup-cukup makan sahaja untuk bersyukur malahan terlebih membazir lantaran tidak bersyukur? Eh tidak bersyukurpun ada? Eh mana buktinya…? Nak tahu kena google aje laaa…

Bagaimana jawabnya? Jawabnya cukup mudah. Ini kerana Malaysia bebas dari cengkaman penjajah.

Maka bersyukurlah anda dengan limpah dan rahmat dari Yang Maha Kuasa dapat hidup bertapak di bumi Malaysia dan beribadat dengan penuh aman.

Boleh buat blog dengan jayanya.

Boleh menjelajah negara dengan pakej cuti-cuti Malaysia.

Boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan selesa.

Boleh mengenali pelbagai kebudayaan yang ada di Malaysia.

Bersediakah anda untuk penyertaan Pesta Tag Merdeka kali ini? di sini saya menyerahkan kembali tag ini kepada 5 bloggers yang lain dan bertanyakan soklan berkenaan kenapa anda berbangga yang amat dan cukup bersyukur menjadi rakyat Malaysia?

Oleh kerana aku tak tahu sapa yang tag,pengunjung bloggers pun xramai so aku tag je orang yang ade di top commentor aku okay, sorie korang.. Jangan salahkan aku, salahkan www.shutterspeaks.com yang bagi tag ini. Mereka yang tersenarai :

1) nuruL
2) aReNieX
3) IcedNyior
4) chot
5) Syafrizal

Selamat Hari Merdeka ke 50 Malaysia dan Salam merdeka kepada bloggers bloggers. Sekian terima kasih…

RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by minci
2007-08-30 06:42:26

ermm.. tak tau nk cakap apa.. kang salah tatabahasa, silap2 kena bakar dgn kuasa otomen mixterr.. :shock:

oleh itu, aku dedicate lagu jer lah kat kau..ermmm.. pilihlah antara Samsons Luluh ngan Chemical romance - I don’t Love you. Tapi mp3 dia kau carik sendiri lah.. heh :mrgreen:

*tuwit!! byknyer monitor kau.. kagum sebentar

Comment by mixterr
2007-08-30 09:14:22

hehehe, takut yer.. kata kata beri pedoman dan tenangkan aku xsalahkan.. hehe.. xde la kene kuasa otomen ku..

aku sedang mencari lagu tu.. nanti kalo sedap di dengar baru katakan terima kasih yer.. hehehe

monitor ke, ade 2 jerk… xde la sampai 8 :razz:

Comment by mixterr
2007-08-31 14:54:15

Thank you minci I’m enjoy lagu tu.. best best..!!

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by WaWa
2007-08-30 06:43:23

hoho. aku pon kena tag yang sama. sabo aje lah.

Comment by mixterr
2007-08-30 09:15:59

itu la wawa, aku seronok nama aku di web dieorg tapi kene jawab tag tu la.. cesss ..lagi satu kene tag dari http://nazri.flavert.com adoi malasnye aku… hehehe

 
 
Comment by megat
2007-08-30 08:35:06

sama la… aku pun dah bosan dengan kerja aku skang tp nk x cukup masa lak nk post eheh

well, good luck in ur life

Comment by mixterr
2007-08-30 09:19:10

Thank you megat, hehe sama la kite, aku buat post pon waktu lunch… diet xyah kuar makan… ahaha.. malam ko leh wat post ape.. okay good luck in ur life too…

 
 
Comment by nuruL
2007-08-30 08:57:22

malas nak komen lagi. jap jap lagi lps dapat idea buat esei baru i komen ok! =) meanwhile, chill dude. enjoy the life as it is. kalau takde perkara yg x best dlm idup, bukan idup la namanye. rite?

*apa ni tag org. malas la. blog pun dah lama x update. hehe.

Comment by mixterr
2007-08-30 09:23:40

okay .. org tunggu esei nuruL.. heheh.. thank you, btol tu..mmg tgh mencari bende yg enjoy ni…mencari kawan kawan yg boleh berhibur.. bergelak ketawa sampai pecah perut.. fuh seronoknyer..

heheh pasal tag tu ker, dah takde org yg nak tag.. tag je nuruL..

 
 
Comment by ujai
2007-08-30 11:03:41

leks dude.. smua tu dugaan.. tuhan nak uji ko tu.. maybe ade hikmah disebalik tu..

so wat mase ni, motivate urself.. cube fikir positive.. sure ok punye lah..

n also, weekend ko tau kan aku lepak ngan sape.. so rajin2 la join kiteorg.. kasik release segale masalah ko ade tu..

laughter is da best medicine..

Comment by mixterr
2007-08-30 11:20:35

thanks ujai.. yea mungkin ada hikmahnya.. aku akan cuba .. tapi sms ngn call dia yang memeningkan aku ni.. nak je aku campak handphone tu.. aku tahu.. aku akan lepak nanti..tp sabtu ni aku ade kat sg lagi.. yeah laughter is da best medicine.. aku suka si Rudy gelak.. die gelak je aku pon leh tergelak.. padahal aku tak tahu die gelak pasal ape.. hehehe

Comment by ujai
2007-08-30 11:23:32

lol.. ko g sg eh.. nak order superbike 1.. ahahaha

(Comments wont nest below this level)
Comment by mixterr
2007-08-30 11:33:27

order jer.. duit bagi la sekali.. cakap je superbike jenis ape ko nak!!! hehehe aku pon gian ni nak naik moto berkuasa tinggi..

 
Comment by ujai
2007-08-30 11:40:12

ok cun.. aku kasi deposit rm10.. lain settle kemdian.. bley? :p

 
Comment by mixterr
2007-08-30 12:24:34

Hampeh.. duit Malaysia mane laku beb.. baru dpt 4 sgd cesss..

 
 
 
 
2007-08-30 15:45:49

[...] 2.mixterr.(Itu hari kena tag pasal lain,ni lain pulak.Sabor ajelah!!!) [...]

Comment by mixterr
2007-08-30 16:32:12

Adoi, byk tol kene tag ni..

 
 
Comment by WaWa
2007-08-30 19:24:31

ko ni main tipu btol. mane bleh paste artikel dari empunya tag yang asal. hampeh! :neutral:

Comment by mixterr
2007-08-30 21:37:07

kan aku dah ckp aku xpandai main tag nie.. tp cube ko masuk shutterspeaks sama la mcm aku nyer.. die pon main tipu la.. hahah

 
 
Comment by umie
2007-08-31 04:19:13

Jangan tensen2, yg berlalu biarkan berlalu.. life must go on… :twisted: nie aku nak dedicate lagu nie utk ko… “Chemical romance - I don’t Love you”

Merdeka kah engkau?? tepuk dada, tanyala selera…. :grin: hahaha…

Comment by mixterr
2007-08-31 14:56:56

thank you umie… hehehe selamat dtg ke laman ku… heheheh

 
 
Pingback by Merdekakah Aku?
2007-08-31 07:41:49

[...] then (nie shutterspeaks yg buat) letak iklan petronas berserta info pasal petronas ATAU (nie mcm mixterr buat) cakap pasal ’si dia’ yg tak habis2 nak contact dier dan pekerjaannya yg sucks [...]

 
Comment by kucau
2007-08-31 23:40:29

ko business sendiri je la . lepas tuh gerenti merdeka :razz:

Comment by mixterr
2007-09-03 17:41:28

bisness sendiri ke .. aku xpandai lagi marketing, experience pon 2 tahun je.. xleh tu beb.. takut aku.. kene create team baru leh kot.. aku ade wat freelance pon xcukup makan.. hehe

 
 
Comment by Qai
2007-09-01 02:14:12

Aa. Ni Yang AKu Malas Nak Keje Nie.. Blajo Je La.. Huhuhu..

Comment by mixterr
2007-09-03 17:44:38

hehehe leks la beb.. aku tention sebab aku kene cover semua keje design, video sound editing kat opis aku.. tule la nak belah.. bukan nak amik org baru.. kedekut.. aku tgh bercuti pon suoh dtg opis….dah xmasuk ngn jiwa aku ni.. kene carik keje lain.. :razz:

 
 
Comment by kaSyah
2007-09-01 12:53:39

bro….jom sama2 MERDEKA dari girls yang tak reti tutup pekung sendiri..

well…hope ur jobs will become great and more succesful than ever..

aja aja fighting!!!!!! :mrgreen:

Comment by mixterr
2007-09-03 17:48:13

hehhe.. thank you kasyah.. harap harap mcm tu le..heheh
fighting ape yg nak aja nie.. hehehe

Comment by kaSyah
2007-09-07 21:16:57

tula ko kena tgk cite korea full house. baru faham makna tersirat :twisted:

(Comments wont nest below this level)
Comment by mixterr
2007-09-07 21:34:28

apa cite korea full house.. yeke.. xde masala nak tgk.. heheh dulu last aku tgk drama cite winter sonata je.. heheh

 
 
 
 
Comment by mohdismail
2007-09-01 14:35:23

heheh.. kool bebeh… perempuan, satu subjek paling susah utk di’fahami :)

banyakkan sabar dan single itu menyerunukkan… ha ha

Comment by mixterr
2007-09-03 17:55:32

betol tu.. heheh kalo xpk perempuan lebih menyeronokkan..mcm lagu ella - rama rama.. terbang bebas je.. hehee

 
 
Comment by madnilk
2007-09-03 17:19:14

:neutral: :twisted: nak semerdeka mana lagi ko nih yerk mixterr?

bagi aku merdeka nih subjektif ler… tak tahu nak cakap aper… kalau nak tahu diri ni merdeka atau tidak… tgk senang hati atau tidak :P

Comment by mixterr
2007-09-03 17:50:25

skang aku senang hati..aku baru pas bercuti mcm dah merdeka je.. tapi bile nak masuk keje balik mcm dah xmerdeka balik plak..heheh.. ade ke patut aku baru sampai singapore die suoh dtg kerje..gile apa.. lantak ko la.. haha

 
 
Comment by chot
2007-09-07 15:10:00

blog pertama aku ialah blog info aku ‘gaya,ruang & kepelbagaian’ tu…tapi didesak rakan2 blog utk tahu perihal personal hidup aku itu yg aku create lagi satu blog personal ‘chot’ tu..ko pun kena buat gak mcmtu mix…

Comment by mixterr
2007-09-07 15:30:15

ouh yerker.. nantila aku buat heheh..tggu mase.. aku dah byk blog da.. x ter update aku… heheheh

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

Agloco

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top Sites Arts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the Firefox. It's safer and faster browsing experience.