Selamat Tahun Baru Islam
Published by mixterr January 9th, 2008 in Info and news, Malay.->
If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Esok genaplah 10 January 2008, 1st Muharram 1429 atau dikenali “Maal Hijrah”. Gambar diatas menunjukkan semangat baru yang kental ingin bermula. Jadi, Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.
Pengertian Awal Muharram
Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa sumber daripada www.islam.gov.my
Technorati Tags: doa, awal tahun, akhir tahun, doa-doa, islam, awal, muharram, Islamic New Year, new, year, 2008, malaysia, malay, islam, islamic, muslim











slamat tahun baru bro..
hepi new year!
selamat tahun baru
bagusnye.. ingatkan syia pada doa2 tu
hehehe.. yeke…
Salam Maal Hijrah
salam maal hijrah jua!!
Hummm…. patut menghayatinya sebaik mungkin…. Jangan lupa amalan pada bulan muharram ya…
Salam Tahun Baru 1429H.
Salam kenal dari Teratak Nurani
insyallah. salam tahun baru dan salam kenal.
sori bro lambat wish.. blog ko kena blok kat tmpt keje aku hehehe… selamat tahun baru… moga ko kawen tahun nih hehehe….
selamat tahun baru. astagfirullah.. jgn la wish mcm tu.. takut aku.. apola..