->

Dengan nama Allah, Tuhan Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Firman Allah swt. dalam al-Quran, yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa kamu hajati dari limpah kurniaan Allah, serta ingatlah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).
Asslamualaikum & Salam Satu Malaysia,
Menjadi usahawan yang cemerlang terbilang merupakan satu impian dan cita-cita seorang usahawan. Di sini saya ingin kongsikan “Sifat Keperibadian Seorang Usahawan” yang mana cukup bermanfaat untuk menjadi usahawan yang terbaik di dunia dan juga di akhirat. Sifat Keperibadian Seorang Usahawan ini dipetik dari sebuah buku “Langkah Bijak Usahawan Terbilang” Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
2. Memandang masa hadapan dengan jelas . Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran.
3. Berkeupayaan untuk bekerja keras – Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau ‘workaholic’ . Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
4. Berfikiran positif - Seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
5. Berani membuat keputusan – Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
6. Bersikap optimistik – Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah ” Masa kini ialah masa yang terbaik” dan ” Semua perkara boleh dilakukan”
7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
8. Berani mengabil risiko secara berhemah – Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza.
9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah
10. Bekerja sendiri – Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidamtan buat suatu jangka masa yag pendek.
11. Mempunyai daya kepimpinan dengan mengutamakan kepimpinan dengan mengutamakan sifat mengasuh dan mendidik. Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa dipantau.
12. Bersikap sedia menerima tanggungjawab. Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Dia lebih berorentasikan kemanusiaan daripada kepentingan diri. Dia bersedia memenuhi permintaan pelanggannya.
13. Berorentasikan ganjaran atau habuan. Keinginan mendapat ganjaran hasil daripada usaha dan ikhtiar. Ganjaran paling utama ialah dalam bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengiktirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.
14. Berorentasikan kecemerlangan. Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.
15. Bersemangat organisasi. Seorang usahawan mampu membawa semua komponen perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personal atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.
16. Berorentasikan keuntungan. seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dalam pencapaian. Ketika melantik Malik bin al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Syadina Ali k.w.h. berkata, “Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barang yang berguna kepada masyarakat”.
17. Bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.
Diharap juga ramai yang akan menjadi usahawan dan berusaha menjadi usahawan dan peniaga yang cemerlang demi mencapai kejayan didunia dan akhirat. Wassalam.
Technorati Tags: Sifat Keperibadian Seorang Usahawan, Langkah Bijak Usahawan Terbilang, Dr. Haji Fadzilah Kamsah
Popularity: 1% [?]











No comments yet.