Sony Ericsson K850i VS Nokia 95
10 Comments Published by November 21st, 2007 in Info and news, Malay.
->

Sungguh kagum, Sony Ericsson K850i cukup popular ini dengan menawarkan kamera Cyber-Shot 5 Megapixel, fungsi hebat seperti Auto Fokus, Flash Xenon, BestPic, pembaikan foto dan PictBridge. Ciri pembaikan foto secara Automatik memperbaiki keseimbangan cahaya agar imej yang lebih jelas, manakala fungsi BestPic sesuai untuk merakam objek laju. Rekaan telebimbit ini juga nipis dan di lengkapi skrin lebar 2.2 inci serta membolehkan anda melihat paparan imej secara potrait mahupun lanskap.
Anda juga boleh melakukan “blogging” gambar serta video dengan memuat naik rakaman menerusi kelajuan HSPDA (3G lah tu) ke laman blog. Kawalan pula mudah dengan adanya pilihan mod iaitu mod kamera, video dan gambar dengan satu pilihan butang. K850i memiliki memori terbina 40MB, pelayar XHTML, HTML suapan RSS, teknologi Bluetooth dan infra merah.

Gila Canggih. Satu lagi produk terbaik Nokia, N95 menawarkan komputer multimedia semua dalam satu menerusigajet kompak. Ia menampilkan fungsi GPS, kamera Carl Zeiss 5 Megapixel, fungsi kamkoder, PDA dan sokongan rangain keljuan tinggi HSPDA, WLAN, EDGE dan WCDMA serta membolehkan anda memuat turun fail besar 10 kali pantas berbanding menggunakan 3G. Dengan rekaan boleh luncur dua hala, skrin lebar 2.6 inci QVGA 16 juta warnanya juga menyokong paparan grafik 3D serta membolehkan pengguna menukar antara fungsi telefon telefon bimbit, hiburan dan pelayaran web dengan mudah.
Selain itu, anda boleh merakam video dalam format MPEG-4 atau 3GPP serta memain semula pada televisyen menerusi teknologi Plug and Play (UPnP). Akses mudah kepada Internet pula membolehkan anda berkongsi fail bersama individu lain dn boleh memuat naik ke laman Web popular seperti Flickr atau laman blog pilihan anda. Ciri lain yang boleh didapati adalah pembesar suara terbina dengan kesan 3D, jek audio 3.5mm, memori terbina 160MB yang boleh diluaskan dengan kad micro SD, USB mini, fungsi WiFi 802.11 b/g, Bluetooth sera banyak lagi
Mana lebih hebat Sony Ericsson K850i atau Nokia N95 lihat di sini
Technorati Tags: sony, nokia, sony ericsson, K850i, N95, 5 megapixel, 3G, WCDMA, blogging, Cyber-Shot
Popularity: 3% [?]











[...] Video – Email aziedale: i 4 punti che il Garante segnala wrote an interesting post today!.Here’s a quick excerpt [IMG] Sungguh kagum, Sony Ericsson K850i cukup popular ini dengan menawarkan kamera Cyber-Shot 5 Megapixel, fungsi hebat seperti Auto Fokus, Flash Xenon, BestPic, pembaikan foto dan PictBridge. Ciri pembaikan foto secara Automatik memperbaiki keseimbangan cahaya agar imej yang lebih jelas, manakala fungsi BestPic sesuai untuk merakam objek laju. Rekaan telebimbit ini juga nipis dan di lengkapi skrin lebar 2.2 inci serta membolehkan anda melihat paparan imej secara potrait mahupun lanskap. A [...]
thanks for this awesome review!!!
aku sure akan beli, mmg aku giler pun sony ericsson nih..hehe.
agak2 bape eh harga pasaran?
welcome ..hehe.. agk2 nye harga die around 1600..
tunggu jatuh dalam seribu aku trade in ngan k550 ni
hehehe okay kite tunggu!!
HELP….!!!!!!! SAPA YG BISA KASI SARAN TENTANG SE K850i…..
MENURUT YG W DENGER SICH SERING ERROR BENER GAK SICH… PLZ… KLO EMANG GAK BAGUS KASI SARAN DONK W MUSTI MILI MERK/TYPE HP APA?????
k850i bagus kok, aku pake dan tak ada eror tuh!!!
hanya sayang resolusi vidionya hanya bisa buat di liat di hp aja, ga seperti n95 ato lg viewty yg bisa di terliat bagus saat di hubungkan dengan tv. tapi secara keseluruhan aku anggap hp ini sangat bagus, terutama hasil kameranya
harga brape x thu lg nk beli mcm ne……. kite nak usha2 dulu baru beli
aku rsa baik korg amik n95 sbb aku skg pkai k850i..msa bli hrga 1700..problem sftware n aku g kdi dia repair okay je..msa 2 x smpi 2 bln aku bli..tu zitron 2 bli..kdg hang..klu korg jenis yg pkai porch bag sgt sesuwei la nak bli k850i 2 sbb korg x kan tertekan sgt button kamera 2 wlu pn korg lock phone korg.. klu banding dgn n95 mmg best k850i g..tp kamera dia lg elok dr k850i walu pun x cybershot..k850i ni lebih kurg cam k810i je..tp utk korg yg nak gadget lebih baik aku cdangkan n82..kamera dia 5mp..lebih bgus dr k850i or n95..hrga rm 1400.. adik aku br bli sebln yg lps..sound pun best..ble msuk game ngage g..
aku pake k810i xsampe setaun problem software..bek korg pake model nokia sbb tahan…sony mmg cntik tp xtahan beb..