Telefon bimbit nipis yang menawan kalbu | Mixterr Studio Blog



Telefon bimbit nipis yang menawan kalbu

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed. Thanks for visiting!

Samsung SGH-F500, smart, kecil dan menarik serta sering menjadi pilihan pengguna yang gemarkan peranti kompak dengan fungsi besar. Berbeza daripada generasi dalam keluarganya F300, F500 mempunyai fungsi khusus kepada pemain video malah ia merupakan telefon pertama seumpamanya yang menyokong DivX Video Codec.

Anda boleh menonton video pada skrin lebar 2.41 inc 262K warna TFT dengan resolusi QVGA (320x 240 piksel). Reka bentuk boleh putar di bawah bahagiannya membenarkan anda menikmati video secara melintang dan tanpa perlu memegangnya. Di samping itu, telefon bimbit ini juga dilengkapi fungsi 3G, kamera 2 megapiksel, sambungan USB dan menyokong A2DP Bluetoothh Stereo. Ia disertakan sekali memori 400MB dan slot kat memori tambahan sehingga 2GB.

Samsung U600, bersinar dan berkilauan jika memakainya, telefon bimbit Edisi Ultra 2 Samsung ini mempunyai rekaan boleh luncur dan mempertingkatkan dari segi teknologi, rekabentuk, fungsi bisnes dan peribadi serta fungsi hiburan multimedia. Ia dilengkapi kamera 3.2 megapixel, sambungan kelajuan tinggi termasuk Blietooth, WAP 2.0 dan USB 2.0 serta butang navigasi multimedia untuk memudahkan pengendalian menu. Hiburan ditawarkan menerusi pamain muzik dengan keupayaan bunyi kualiti tinggi dan “power amp” digital dibina oleh Bang dan Olufsen.

Ia juga lebih nipis dan kukuh berbanding edisi pertama dan satu lagi ciri baru yang dipertingkatkan adalah Samsung Power Usage Solution (OPUS). Penyelesaian ini memberi 10% kapasiti bateri. Teknologi Samsung Smart Surface Mounting pula mengurangkan keperluan komponen, ganguan dan bunyi bising gar kualiti audio serta percakapan lebih jelas. U600 yang menampilkan ciri ekslusif ini juga didatangkan dengan 2.2 inc skrin lebar LCD TFT, pengesan kad bisnes, MMS, Emel, JAVA, pelayar HTML dan slot kad memori.

Ini pula sungguh mempersona apabila diletakkan diatas meja anda. Edisi terbaru Motorola SLVR iaitu MotoSLVR L72. Lambat gila mata nak terlelap, sambil menunggu mata terlelap, L72 mungkin untuk kamu. Meneruskan generasi MOTOSLVR, L72 ditingkat dari segi fungsi hiburan. Ia menawarkan radio FM, teknologi wayarles Bluetooth, kamera 2 Megapiksel dengan 8x zum, menyediakan mod lanskap dan potret serta membolehkan rakaman video dan memain semula skrin penuh.

Storan tidak menjadi soal kerana ia mempunyai 20MB memori terbina dan bolehdiluaskan menggunakan kad microSD sehingga 2GB. Anda juga akan tertarik melihat rekaan dan warna kerangka telefon bimbit ini seakan cermin, memberi personaliti lebih bergaya kepada pemiliknya. Lengkap dengan GPRS kelas 10, EDGE kelas 10 dan kebebasan wayarles, kerja-kerja memuat turun, perkongsian fail dan banyak lagi boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.

Ia menyokong format MP3, AAC, AAC+, AMR, WAV dan mempunyai butang khas untuk fungsi radio FM dan sistem data. Selain itu L72 menyediakan sambungan mini-USB, A2DP Stereo, USB 1.1, Ptt/PTV dan banyak lagi. Bagi yang banyak bercakap, haha.. jangan risau kerana baterinya mampu menampung sehingga 400 minit masa berbual dan 350 jam masa sedia. Boleh dimiliki dengan harga RM899.

Nota: Sesiapa yang memerlukan telefon terpakai, saya ada L7 with i-tunes (warranty tinggal sebulan shj) sedia untuk dijual. Ingin dijual sebab saya sudah memiliki telefon baru. Berminat contact saya !

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , ,

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

Agloco

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top SitesArts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the . It is safer and faster browsing experience.