->

Ingat senang ke nak cari kawan yang sebulu. Aku dulu pernah gaduh dengan kawan roomate lepas tu plak kawan serumah. Tapi itu dulu, ehehehe. Dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi kalau tersilap pilih kawan, meranalah diri kerana kawanlah memberi pengaruh besar dalam kehidupan individu. Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu korang:
1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.
Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?
- Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
- Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
- Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’
2. Memahami, Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu!
- Dia seorang teman yang komited.
- Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
- Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!
3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
- Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
- Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
- Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.
4. Jujur, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.
Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?
- Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
- Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
- Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!
5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.
Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?
- Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
- Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
- Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!
Hindari teman anda jika:
Teman yang Menjatuhkan kamu
- Gemar mencari kesalahan orang lain
- Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
- Dia tidak memiliki ramai kawan!
Teman yang memiliki pengaruh negatif
- Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
- Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
- Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!
Teman yang mempergunakan kamu
- Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
- Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
- Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.
Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang” tu! )
- Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
- Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
- Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.
Teman yang suka meniru kamu!
- Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
- Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
- Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Technorati Tags: teman, sejati, kawan, drama, jangan main belakang, tips, nasihat, petua, melayu, cadangan, mencari teman, rakan, friends, malaysia
Popularity: 3% [?]











tip menarik! dalam dunia moden ni mungkin semakin kurang mereka yang boleh dijadikan kawan apatah lagi sebagai seorang sahabat. yalah “zaman dah berubah, dunia dah maju” kata mereka.
Sahabat yang baik akn selalu berada disamping temannya walau saat itew bau teman tersebut lebih teruk dr bau kambeng gurun.. (dlm ati merasalah sumpah seranah!).. Dan sahabat sejati jg sentiasa berada disaat kita saling memerlukan. Baik susah, senang, sedih, gembira, suka duka nestapa segalanya bersama.. (ayat cam skema je ek..). “Rahsiamu rahsia ku jua..” itu istilah sahabat sejati.. sahabat sejati akn sentiasa diuji, sama ada mahu percaya atau tidak harus pandai menilai. Jgn mudah melenting. Jg mudah mengkhianati. Jgn mudah berjauh hati.. Sahabat sejati utk selamaya..betul? AMIN.
mak ai panjang nyer.. patut la plugin ingt spam.. eheheh.. betol tu.. Amin.
sahabat?
ermm..mmg susah nk jumpe shbt sejati
kalo ade pun mgkin dlm 20% jek
tp ape2pun kite kena percaya pada shbt kite
kerna shbt lebih tgi nilainya dari seorang kawan..
kdg2 shbtla pendorong kejayaan kita..
err..
ape nk melalut lg erk?
haha..
tahla.. saje je nk komen pjg2..
hehe
hehe thanks for your komen bro!!
Kt blog chot pun da tinggal komen pehtu jd cam kt blog awk gak.. apsal eh?? Kecik ati.. kecik ati.. kecik ati..
itulah name saudari punya web panjang sgt kot..lepastu komen panjang panjang.. tu yg die kene approve dulu…
Ok let me see.. jgn ltk web.. ok ke x?? Eh saudara.. sebelum ni apasal ok je. Ok fine.. perkara ni cuma berlaku pada blog2 dr wordpress je pulak.. utk blogspot mmg on de spot dia kuar.. *nk tgk terus publish ke x komen ini sbb sy x ltk link*
nyampas ah! *komen ringkas* huhu
thanks for tips
ermmm… mne la kite nk cri teman seperfectnye… aku pn mcm2 dh rse.. tman gunekan aku ade, yg time aku snang je die ade, time aku ssh pn die ade… bg aku, slagi die xmlampaui btas die akan jdi tman aku… tp xdela tman yg aku sanggup korban sgalenye…
bro..best la maklumat ni…nk amik k
Salam untuk semua di blog ni..ni kali pertama aku masuk kat sini..entah macm mana hati aku rasa nak try taip teman sejati…sebabnya….hati aku ni…aku sangat sayangkan dia..dialah teman..dialah rakan dan dialah sahabat..tapi dia..aku rasa tak macam yg aku rasa..hidup aku ni sama mcm org lain juge..tapi hati aku ni mcm tak keruan bila apa saja tentang sahabat aku ni..maybe aku telebih ambik tau kot..aku memeng sayangkannya..sangat sayang….tapi sejak kebelakngan ni aku rasa macm terbuang..mcmana nak keluar dari masalah ni..aku dah letih fikir benda yg sama tiap2 hari…