Yasmin Ahmad Meninggal Dunia | Mixterr Studio Blog



Menurut sumber, Pengarah Filem Terkenal, Yasmin Ahmad (1958) meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung. Pada mulanya anak kelahiran Muar, Johor ini dipercayai pengsan selepas rebah ketika membentangkan kertas kerja di TV3 Sri Pentas.

Sumber yang diketahui pada awal petang tadi sebenarnya adalah tidak benar. Yasmin Ahmad yang telah mengarah filem Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, dan Talentime ini kini telah menerima rawatan di Pusat Pakar Damansara.

News update 23/7/09 : Yasmin Ahmad Kembali Stabil

Satu sedang media telah diadakan tadi di Pusat Pakar Perubatan Damansara di mana pakar bedah neuro, Doktor Zahari telah memaklumkan kepada para wartawan bahawa Yasmin Ahmad telah menjalani satu pembedahan sebentar tadi. Pembedahan ini bertujuan untuk mengurangkan bengkak di bahagian otaknya. Keadaan Yasmin dalam tempoh beberapa jam ini dilihat sebagai kritikal.

Pada masa ini, jantungnya disokong oleh ubat-ubatan. Menurut Doktor Zahari lagi, buat masa ini keadanya agak stabil.Turut hadir pada sidang media tadi ialah Doktor Jamilah Mahmood, seorang kawan karib Yasmin. Bercakap bagi pihak keluarga Yasmin, Doktor Jamilah berharap tidak ada spekulasi mengenai keadaan pengarah filem Sepet itu kerana ini akan menyakiti hati keluarga disamping menambahkan lagi tekanan mereka. -Gua.com.my

News update 25/07/09 7:34pm  :  Keadaan Yasmin Ahmad Merosot

Keadaan pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad, yang mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada Khamis lepas, semakin merosot.

Adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin masih terus menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.

“Keluarga kami amat menghargai doa yang tidak putus-putus buat Yasmin,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan hari ini.

Dr. Zakaria berkata, keluarganya turut memohon agar tiada pelawat yang berhimpun di hospital -Utusan.com.my

News update 26/07/09 : Yasmin Ahmad Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak- Utusan.com.my

Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..Amin..

via:  utusan.com.my | gua.com.my | mstar.com.my
photo: google image

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Popularity: 2% [?]

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by faideath
2009-07-26 03:39:18

Al-fatihah ke atas roh yasmin ahmad..
semoga Allah mengampunkn segala kesalahaan beliau..

sebagai rakyat malaysia, saya merasakan kehilangan besar dlm industri seni tanah air..

beliau merupakan ikon advertising film yg terbaik bagi saya..
saya sgt menghargai beliau sehinggakan hampir semua film yg diarah beliau saya tonton malah beli dvd lagi..

takziah kpd keluarga allahyarham..

 
Comment by ayien
2009-07-26 11:57:22

I became a fan of Yasmin through all the numerous Petronas commercials. I was enchanted and at the same time touched by the simple yet effective message that she was trying to send. The industry will NEVER be the same without Yasmin Ahmad. May your soul rest in peace. You will be truly missed. I will. Condolences to your family.
:(

 
Comment by idayu aswad
2009-07-26 12:32:46

AL-FATIHAH ke atas roh yasmin ahmad.semoga roh nya dicucuri rahmat.

 
Comment by aiza
2009-07-27 10:10:52

AL-FATIHAH..
semoga rohnye dicucuri rahmat..
jasamu dikenang..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

 

Twitter YouTube FaceBook

Text Link Ads

Get Reviewed At ReviewMe!

Moreniche

Add to Technorati Favorites

Arts & Entertainment Blogs - Blog Catalog Blog Directory
Arts Blogs - Blog Top Sites Arts blogs

    Internet Explorer is sucks for viewing this site. For the best viewed , please use the Firefox. It's safer and faster browsing experience.